Biro Hal Ehwal Siswi telah mengadakan Program Bicara Siswi pada setiap hari Jumaat pada pukul 12.30- 2.30 petang. Program ini telah bermula pada 20 Julai yang lalu bertempat di Surau dan Bilik Delima Kolej Dato’ Onn. Tujuan program ini ialah mengisi hari Jumaat dengan mengadakan aktiviti yang bermanfaat dan dapat memberi motivasi kepada pelajar..
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah ceramah bertajuk “ Islam sebagai satu cara hidup”. Ceramah ini disampaikan oleh Prof Madya Noor Aziah bt Hj Mohd Awal, bonda Pengetua Kolej Dato’ Onn. Pada 27 Julai bacaan Yasin telah diadakan di Surau KDO dan diketuai oleh Pn. Wan Khatijah Biro dari SUKMANITA.
Selepas itu, pada 3 Ogos Biro Hal Ehwal Siswi mengadakan ceramah bertajuk “belajar sebagai ibadah” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Faridah Jalil, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini menimbulkan kesedaran kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana kepentingsn menuntut ilmu dalam agama.
Kemudian, pada 10 Ogos sembahyang solat sunat tasbih telah diadakan di surau KDO. Sedikit penerangan dan pamplet diberikan kepada pelajar sebagai maklumat tambahan.
Pada 17 Ogos ceramah tentang “ Hak dan Tanggungjawab sebagai anak” telah disampaikan oleh Pn. Hafilah Musa, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini banyak menyentuh tentang adab dan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa.
Tuesday, August 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment