Tuesday, August 21, 2007

perkembangan terbaru Biro-biro KDO

Biro Hal Ehwal Siswi telah mengadakan Program Bicara Siswi pada setiap hari Jumaat pada pukul 12.30- 2.30 petang. Program ini telah bermula pada 20 Julai yang lalu bertempat di Surau dan Bilik Delima Kolej Dato’ Onn. Tujuan program ini ialah mengisi hari Jumaat dengan mengadakan aktiviti yang bermanfaat dan dapat memberi motivasi kepada pelajar..
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah ceramah bertajuk “ Islam sebagai satu cara hidup”. Ceramah ini disampaikan oleh Prof Madya Noor Aziah bt Hj Mohd Awal, bonda Pengetua Kolej Dato’ Onn. Pada 27 Julai bacaan Yasin telah diadakan di Surau KDO dan diketuai oleh Pn. Wan Khatijah Biro dari SUKMANITA.
Selepas itu, pada 3 Ogos Biro Hal Ehwal Siswi mengadakan ceramah bertajuk “belajar sebagai ibadah” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Faridah Jalil, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini menimbulkan kesedaran kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana kepentingsn menuntut ilmu dalam agama.
Kemudian, pada 10 Ogos sembahyang solat sunat tasbih telah diadakan di surau KDO. Sedikit penerangan dan pamplet diberikan kepada pelajar sebagai maklumat tambahan.
Pada 17 Ogos ceramah tentang “ Hak dan Tanggungjawab sebagai anak” telah disampaikan oleh Pn. Hafilah Musa, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini banyak menyentuh tentang adab dan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa.

Friday, August 17, 2007

NUKILAN KEMERDEKAAN

Cahaya Ogos

Oleh Saifulnizam Sudin
JAKSA Hal Ehwal Luar Dan Antarabangsa, KDO UKM


DI BAWAH keburaman langit senja pertengahan Julai itu, kelihatan seorang pemuda berjalan terhuyung-hayang bagai lalang ditolak angin. Bulan menjadi bidadari turun dari kayangan menghulurkan tangan kepadanya. Lantas berdansalah mereka dengan penuh asyik sebelum suatu suara berkumandang memecahkan segala khayalan. Dimakihamunnya suara yang berkumandang itu. Namun suara itu tetap sahaja berkumandang menenggelamkan suaranya. Tiba-tiba matanya tersilau dek cahaya yang menebar di atas kepala. Cahaya lampukah ini atau cahaya bulan? Gumamnya. Cahaya berlapis cahaya mengapung-apung di udara menali ke langit. Aduh pedihnya! Matanya dikatuk rapat. Kulitnya tidak semena- mena terasa perih dijalari bahang kepanasan. Kepanasan yang membelit seluruh tubuh hinggalah ke tulang hitam. Lantas dia menjerit sekuat-kuat hati. Tetapi suaranya tenggelam di dasar kerongkong sebelum kesedarannya terhapus. Gelita.
Suara syahdu yang beralun-alun mengembalikan kesedarannya. Matanya tersilau dek cahaya lampu yang terlekat pada syiling. Matanya dikejip-kejip beberapa kali dan sesudah iris dapat menyelaraskan pencahayaan, seorang lelaki separuh abad dilihat bersimpuh membelakanginya menekuni sesuatu. Suara syahdu beralun-alun ini rupanya daripada dia. Dia termangu sebelum hatinya berdetik, “dia membaca al-Quran”
Dia cuba bingkas tetapi tenaganya begitu lemah menyebabkannya hanya mampu bersandar pada dinding. Matanya melingas kekiri dan kanan, termangu sebelum hatinya berbisik, “surau”. Beberapa detik kemudian, lelaki itu menutup al-Quran bingkas berdiri meletakkan hujung jari pada tubir telinga lalu suaranya berkumandang syahdu ke udara.
Kalimah-kalimah suci azan menusuk jauh ke dalam sukma biarpun sebelum ini kalimah-kalimah itu langsung tidak dipedulikan. Sekejap kemudian orang pun datang. Membarisi belakang lelaki itu. “mereka sembahyang” detik sukmanya terharu kerana seingatnya sudah lama dia tidak bersembahyang. Sesudahnya, mereka menelapak tangan ke langit. “mereka berdoa”. Detak sukmanya lagi bertambah terharu. Rasa terharu yang menagih penzahiran diri pada birai mata. Empangan emosi pun pecah mengalirkan air mata tohor dari sungai jiwa yang berlumpur.
“kesedarannya sudah kembali’ayuhlah tunaikan solat Subuh.” Kata lelaki itu mampir kepadanya dengan wajah berseri-seri. Setelah jemaah pulang.
“tak tahu…. Tak tahu sembahyang…” tuturnya seperti tidak mahu didengari sesiapa tetapi lelaki itu mendengarnya. “anak tidak tahu solat sedangkan ia tiang agama. Tiang jiwa manusia juga.” Pemuda itu merunduk dihempap rasa segunung bersalah ada satu bisikan menyelinap dalam hatinya tiba-tiba. Keluarlah dari sini! Pemuda itu segera bingkas biarpun diriannya tidak stabil. Ditolaknya huluran tangan lelaki yang menolongnya.
“Dimanakah aku?” lelaki itu menghela nafas panjang matanya bersinar-sinar bercahaya memandang ke wajah anak muda yang diserbu ragu dan kegelisahan.
“kehidupan ini bagaikan belantara raya yang tak terjangka. Musafir yang kehilangan pedoman mudah tersesat lalu membinasakan dirinya. Semalam Pak Habib menemui musafir yang tersesat parah itu. Musafir itulah anak. Bagaimanakah anak akan sampai ke destinasi abadi yang penuh kenikmatan.
Matlamat setiap musafir adalah satu, mahu tiba dengan selamat ke destinasi abadi. Begitu juga anak. Tetapi anak telah memilih untuk mengakrabi benda terkutuk itu. Pak Habib bersedia membantu anak kembali ke jalan yang benar.
“aku tidak boleh, tidak boleh lagi!” jerit pemuda itu sambil mencengkam kepalanya.
Mulai hari itu bermulalah perawatan. Pemuda itupun menangis bersungguh-sungguh. Peringkat pertama, segala racun dadah hendaklah dikeluarkan dari tubuh dengan meminum rebusan air akar kayu yang merangkumi akar kunyit, daun kelor dan daun dedap. Selama empat puluh lapan jam pemuda itu muntah berterusan sehingga tubuhnya keletihan baharulah Pak Habib tidak memberinya minum lagi.
Sesudah itu, tenaganya mesti dipulihkan sebagai perawatan peringkat kedua. Berbagai-bagai jenis buah-buahan disediakan. Pak Habib juga mencampurkan daun gelenggang, akar hempedu jawa, daun semalu, daun ganda rusa, daun duri randa, kayu gaharu dan daun jeruju ke dalam periuk tanah lalu direbus dengan sepuluh gelen air selama dua belas jam. Rebusan air diminum bagi melemahkan ketagihan.
Pemuda itu diwajibkan mematuhipantang larang yang telah ditentukan Pak Habib. Merokok wajib dihindarkan sama sekali. Mesti juga menjauhkan diri daripada penagih lain. Bergaul dengan tukang besi akan menyebabkan tubuh melekat bau tahi besi. Bergaul dengan penjual minyak wangi akan menyebabkan tubuh berbau wangi, walaupun tidak membeli atau memakainya. Itulah pengibaratan Rasulullah.
Kemudian Pak Habib membekalkan ayat-ayat suci al-Quran untuk dihafal dan diamalkan. Gunanya buat memanah para syaitan yang sentiasaberbisik ke dalam hati agar kembali menagih dadah.
Beberapa hari kemudian, Pak Habib memandikan pemuda itu dengan air yang telah dimasukkan kepingan timah bertulis jawi untuk membersihkan jiwanya sebagai peringkat rawatan terakhir. Timah adalah unsure besi yang penting untuk pembentukan haemoglobin darah. Simbolik kepada jiwa manusia.
Genaplah 40 hari. Tinggal lama hari lagi tempoh perawatan Pak Habib. Perubahan yang menakjubkan atas usaha manusia dan izin tuhan. Pemuda itu mengenali diri dan penciptanya sekaligus menyingkirkan ingatannya terhadap dadah,
“bukankah anak harus bergembira dengan keadaan sekarang?” ujar Pak Habib dengan lemah-lembut.
Saya amat bersyukur kerana rupa-rupanya Rahmat dan pengampunan-Nya melaut luasnya. Saya menangis apabila mengenangkan betapa gentarnya hendak mengharungi belantara kehidupan selepas ini. Pak Habib beristigfar perlahan sambil menepuk perlahan bahu pemuda itu.
“anakku, bukankah bulan ini adalah bulan keramat buat tanah air kita?”Tanya Pak Habib mahu menguji pemuda itu.
“ya,benar Pak Habib, bulan Ogos. Sehabisnya tempoh perawatan Pak Habib keatas saya tibalah hari bersejarah hari itu”jawab pemuda itu dengan kuntum senyuman. Masih basah diingatan betapa gembiranya dia ketika kecil-kecil dahulu mengibarkan jalur gemilang ke serata kampong dan pekan menyambut hari kemerdekaan negara. Namun, sesudah terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah, kemerdekaan tidak ada apa-apa erti lagi bagi dirinya. Tahun lepas pada malam merdeka dia ditangkap oleh pihak polis disalah sebuah Pusat hiburan terkenal di ibu kota kerana diuji positif dadah. Esoknya dia meringkuk dalam jeriji besi bersama banduan lain. Apalah ertinya!
Maha besar tuhan yang mentakdirkan pertemuan kita. Anakku, kemerdekaan wajib dihargai dengan keinsafan bukannya pembaziran sia-sia.” Ujar Pak Habib sambil merenung jauh ke luar jendela. Bulan bintang-gemintang tersenyumdi wajah malam. Wajah pemuda itu berkerut meminta pengertian hakiki.
“Sesungguhnya ketagihan dadah yang anak alami itu berpunca daripada jiwa yang dijajah oleh syaitan. Senjata syaitan untuk menjajah jiwa manusia amat banyak antaranya melalui nafsu-nafsi, hedonisme, kegilaan kuasa dan lain-lain lagi. Jiwa yang dijajah akan mengundang kegelisahan, keresahan, kekecewaan, berputus asa dan seribu satu macam lagi remah mazmumah. Lalu meronta-rontalah jiwa menagih kemerdekaannya kembali yang natijahnya adalah ketenangan dan ketenteraman.”
Pemuda itu mengaguk perlahan dan merunduk lemah. Telapak tangan Pak Habib mengusap lembut bahunya seakan mengusap sukmanya yang keharuan.
“kaedah memerdekakan jiwa yang dijajah harus dengan kelembutan bukan kekerasan ; hikmah bukan dengan menghukum sewenang-wenang. Lalu Pak Habib menjadikan tumbuh-tumbuhan antara penawarnya kerana tidak henti-hentinya mereka berzikir kepada tuhan yang telah menciptakannya. Pak Habib berikan juga kefahaman agama kerana ia adalah landasan, benteng dan kekuatan jiwa mendepani segala cubaan dan godaan”. Kata Pak Habib terlontar jauh ke dalam sukmanya.
“tapi Pak Habib, saya khuatir masyarakat akan menolak saya”. Luah hatinya.
“anak seharusnya sentiasa menyedari bahawa anak bukan penagih lagi sebaliknya muncul sebagai seorang individu yang berwajah baharu. Pandangan masyarakat akan berubah seiring perubahan anak. Usah biarkan jiwa yang sudah suci dan merdeka ini dijajah kembali oleh syaitan dengan senjata ‘pandangan serong masyarakat’ yang hanya bersifat sementara. Percayalah, tuhan akan sentiasa bersama insane yang benar dan kembali kepada-Nya. Mintalah pertolongan-Nya dengan solat, doa dan sabar”. Sambung Pak Habib lagi bersungguh.
Sebelum Pak Habib melepaskan pemuda itu meneruskan permusafirannya di belantara kehidupan, Pak Habib menuturkan pesan terakhir. “Ingat anakku. Kesilapan yang telah dilakukan jangan diulang lagi pada masa hadapan kerana pertemuan dan perpisahan berlaku tanpa amaran. Letakkan tuhan di batu jemalamu, nabi di hatimu dan kitab ditangan kananmu. Dengan izin-Nya selamatlah kehidupan dunia dan akhirat.”
Tanggal malam 31 Ogos, pemuda itu menghidupkan sepertiga malam terakhir saat tuhan berada paling hampir dengan manusia. Khusyuk solatnya mendalam zikirnya dan pasrah doanya. Doa sang musafir yang telah kembali ke jalan kebenaran-Nya.
“Ya tuhanku. Jika dahulu aku terhina akibat menurut bisikan syaitan yang akhirnya menjajah jiwaku dengan najis dadah, kini dengan rahmat dan pertolongan-Nya kau muliakan aku dengan memerdekakan jiwaku dan mengembalikan semula kehidupanku. Kupohonkan cahaya-Mu agar teruslah menjadi lentera perjalanan kembaraku yang belum kunjung selesai ini. Tuhan, ampunilah daku!”.
Air mata yang mengalir sungai sukma yang suci dan merdeka disaksikan para malaikat dan dijadikan pemadam api neraka jahanam. Dalam hembusan bayu sakinah, hadirlah cahaya demi cahaya mencerahkan mata sukma. Esoknya di bawah kirmizi langit merdeka terzahirlah kemerdekaan jiwa dalam sujud syukur terluhur. Dan cahaya berlapis cahaya timpa menimpa ke sekujur tubuh hamba yang merdeka. Kemerdekaan hakiki.

Malaysia

Description: 14 equal horizontal stripes of red (top) alternating with white (bottom); there is a blue rectangle in the upper hoist-side corner bearing a yellow crescent and a yellow 14-pointed star; the crescent and the star are traditional symbols of Islam;Malaysia


During the late 18th and 19th centuries, Great Britain established colonies and protectorates in the area of current Malaysia; these were occupied by Japan from 1942 to 1945. In 1948, the British-ruled territories on the Malay Peninsula formed the Federation of Malaya, which became independent in 1957. Malaysia was formed in 1963 when the former British colonies of Singapore and the East Malaysian states of Sabah and Sarawak on the northern coast of Borneo joined the Federation. The first several years of the country's history were marred by Indonesian efforts to control Malaysia, Philippine claims to Sabah, and Singapore's secession from the Federation in 1965.

bulan kemerdekaan

31 Aug 2007. Malaysia celebrates 50 years of independence -- 50 years of thinking big
MALAYSIA. 31 Aug 2007. The Union Jack for the last time on Aug 31, 1957, and the Federation of Malaya become a sovereign nation. It was renamed Malaysia in 1963. Malaysia has won distinction in its first half century of independence for its relatively stable government, racial and religious harmony, prosperity and development. Timed to be seen as a high point in the celebrations and the nation's achievements, the country's first astronaut will blast off for the International Space Station a few weeks later later.
The decision to send a Malaysian astronaut into Space came at the end of the two-decade government of then prime minister Mahathir Mohamad, according to MosNews, which noted that his think-big attitude spawned a national catch-phrase -- "Malaysia Boleh!" or "Malaysia Can!" -- aimed at boosting national pride.
For more than a decade Kuala Lumpur's 88-story Petronas Twin Towers, which held the record as the world's tallest buildings from when they were buildin 1998 until 2003 when they were eclipsed by Taipei 101, are the most visible expressions of the country's "think big" philosophy.
The country plans the biggest ever independence day celebrations for the 50th. The biggest events will be in Kuala Lumpur and the administrative center of Putrajaya. They include the Kuala Lumpur International Tattoo Show, a display of precision marching and military demonstrations; Flora Fest, a floral parade last held in the mid-1990s; Malaysia International Aerospace Exhibition and the Malaysia International Fireworks Competition.
The national day parade will see some 44 armed forces contingents, 22 marching bands, 17 floats, 15 military vehicles, and an air force fly-by. The guests of King Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Queen Fauziah Abdul Rashid and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the parade are certain to include regional heads of state and government, Commonwealth respresentatives and a member or members of the British royal family