sambutan deepa-raya peringkat kolej..
tarikh- 9 november 2007
tempat- perkarangan rumah pengetua kdo
masa- 1230 tghri- 5 ptg
pakaian- bebas
datanglah beramai2 menikamti juadah jamuan ini..
sape2 yg bawak kuih dr rumahtu..sila2lah sumbang yer..
Sunday, November 4, 2007
Saturday, September 29, 2007
pilihanraya kampus 2007/2008 [calon aspirasi kolej dato' onn]
Pilihanraya akan diadakan pada 2 Oktober 2007. Semua pelajar diwajibkan untuk turun mengundi pada tarikh tersebut. Berikut adalah calon-calon Aspirasi dari Kolej Dato' Onn :
Nama : Umi Salmah binti Ali
Tarikh Lahir : 29 November 1985
Fakulti : Pengajian Islam
Program : Dakwah & Kepimpinan (Pengurusan Islam)
Kolej : Dato' Onn
NO. CALON : 2
Penglibatan/ Pengalaman :
-Kem Motivasi Sekolah Rendah & Menengah
-Kem Waja Diri Janda Baik, Pahang 2005
- Program Hari Keluarga & Explorace (HAKERA 2007)
-EXCO Kebudayaan Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-33, 2005/2006
-Pertandingan Pidato Patriotik Sempena Kemerdekaan, 2005/2006
-Pengarah Sekretariat Jamuan Annual Dinner Kolej, 2006/2007
-AJK Pelaksana EXCO Sumber Manusia Kelab Cyber Cafe Kolej,2006/2007
- Setiausaha Program Hari Siswi Kolej, 2006/2007
-Kelab ASPIRASI Kolej Dato' Onn, 2005-2007
-Fasilitator Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2007/2008
Pendidikn :
- UPSR ( 1997)
- PMR & SRA (1998-2000)
- SPM & SMA (2001-2002)
-STAM (2003)
-STPM (2004)
Anugerah yang pernah diterima :
- Anugerah Pelajar Cemerlang STPM
Manifesto :
- Bersama mencapai matlamat Mahasiswa/i Pengajian Islam yang bersedia untuk budaya saing dalam arus pembangunan
- Mewujudkan Mahasiswa/i yang dinamik seiring dengan perkembangan Islam
- Mewujudkan Kesefahaman & Kesepakatan yang kukuh sesama Mahasiswa/i dan bertunjangkan prinsip Agama Islam yang syumul
- Mengadakan Program Amal & Khidmat Masyarakat dengan kerjasama NGO

Pilihanraya akan diadakan pada 2 Oktober 2007. semua diwajibkan untuk turun mengundi pada tarikh tersebut. Berikut adalah calon-calon Aspirasi dari Kolej Dato' Onn :
Nama : Mohd Ashraf bin Jailani
Tarikh Lahir : 28 Disember 1987
Fakulti : Pengajian Islam (FPI)
Program : Usuluddin & Falsafah
Kolej : Dato' Onn
NO. CALON : 1
Kawasan : F2.9 - Fakulti Pengajian Islam
Penglibatan/Pengalaman :
- JAKSA Integrasi & Perpaduan Kaum, Kolej Dato' Onn
- Urusetia Perlawanan Tennis peringkat Piala Pengetua Kolej Dato' Onn
- Timbalan Pengarah Pesta Ponggol dan Tahun Baru Cina, Kolej Dato' Onn
- Peserta Biro Tatanegara anjuran kerajaan Negeri Sembilan
- Pemudahcara Minggu Mesra Mahasiswa 2007/2008
Pendidikan :
- Universiti Kebangsaan Malaysia ( Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia, Kuliah Al-Lughah Waddin, Pekan, Pahang
- Sijil Pelajaran Malaysia, Sek.Men. Agama Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
- Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Sijil Menengah Agama
Anugerah yang pernah diterima :
- No.3 Terbaik Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia
Manifesto :
-Berusaha memberi pendekatan kepada Mahasiswa/i supaya menjadi proaktif dalam semua bidang
- Bersama melahirkan Mahasiswa/i yang berkualiti yang seiring dengan matlamat universiti

Wednesday, September 26, 2007
this fasting month

sape yg tak balik utk raya aidilfitri ni, anda kena tulis nama kat depan bilik jaksa sebab pihak pentadbiran dengan pengetua nak tau..
anda jugak djemput hadir ke rumah pengetua utk sambut aidilfitri, nite before aidilfitri..
sape yang tak balik cuti semester ni,, tulis nama kat depan bilik jaksa.
pihak pentadbiran kdo nak tahu..
wajib..tq
september
aktiviti bulan ramadhan...
27/9 - ihya' ramadhan
sape nak pergi, tulis nama kat papan notis
29/9- lawatan ke hospital kajang
sape yg nak pegi, blh tulis nama kat depan bilik jaksa
2/10- hari mengundi, pilihanraya
anda semua wajib turun mengundi sekaligus melaksanakan tugas anda sebagai mahasiswa/i ukm
3/10- program jangan tido lagi...
rakaman raya dan episod..
sape nak pergi, tulis nama kat bilik jaksa
sapa yang berminat untuk jadi ajk untuk hakera, tulis nama kat depan bilik jaksa..
macamtu gak dengan students yang nak sumbang tenaga sbg ajk utk annual dinner, tulis nama ikut sekretariat kat depan bilik jaksa...
tq

Thursday, September 13, 2007
selamat.....
SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DARIPADA KAMI,
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA-SISWI KOLEJ DATO' ONN..
2007/2008...
HAYATILAH BULAN INI DENGAN PENUH TAWADDUK kepadaNYA..

Thursday, September 6, 2007
BULAN SEPTEMBER
TELAH DIRANCANG BEBERAPA AKTIVITI PADA BULAN INI.
1- PROJEK BUBUR LAMBUK , BBQ DAN MEE KARI UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM SESAMA PELAJAR PELBAGAI KAUM DI KOLEJ DATO' ONN.
2- CERAMAH AGAMA.
3- JUALAN KAD RAYA DALAM BENTUK VCD.
4- JUALAN MAKANAN UNTUK BERSAHUR.
5- BACAAN YASIN.
6- LAUNGAN AZAN ( MAGHRIB)
7- MEMASANG LAGU RAYA/DEEPAVALI
8- PESTA TANGLUNG

LAPORAN 2
TEATER KOLEJ TELAH MEMENANGI TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN TEATER SEMPENA PESTA KONVOKESYEN UKM.
-BIRO KEBUDAYAAN
KOLEJ TELAH MENGADAKAN PERTANDINGAN PARAS PALING PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.
-BIRO KEBAJIKAN
JAKSA MEMASANG LAGU2 PATRIOTIK SETIAP HARI UNTUK MENIUP SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN PENGHUNINYA KHUSUSNYA DAN UKM , AMNYA.
JAKSA2 KDO
-JAKSA2
BULETIN BULAN KEMERDEKAAN TELAH DIKELUARKAN PADA BULAN OGOS DAN EDISI KE2 AKAN DIKELUARKAN BULAN SEPTEMBER.
-BIRO iNFORMASI DAN PENERBITAN
PROGRAM KECERIAAN KOLEJ DIADAKAN PADA HARI SABTU,
-ANJURAN BIRO PERPADUAN DAN INTEGRASI.
KECERIAAN RUANG REHAT TELAH DILAKUKAN UNTUK MENAMBAH SUASANA PEMBELAJARAN, DISKUSI YANG LEBIH MENARIK.
-BIRO HUBUNGAN LUAR & ANTARABANGSA BERSAMA BIRO KEBAJIKAN PELAJAR DAN HAL EHWAL LUAR
DEDIKASI KEMERDEKAAN DILAKUKAN DAN JUALAN MAKANAN SETIAP KHAMIS BERJALAN.
-KELAB USAHAWAN
PROGRAM YOUR TRUTH OF INDEPENDENCE DIANJURKAN
-OLEH KELAB ASPIRASI KDO
KELAS MANDARIN DAN BAHASA JEPUN TELAH DIJALANKAN SEPERTI BIASA
-BIRO AKADEMIK
PEMBUKAAN KELAB EKSKLUSIF DAN TELAH DIJALANKAN SETIAP HARI, 6 PTG HINGGA 1 PAGI, DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN
-KELAB EKSKLUSIF
KURSUS PRA-PERKAHWINAN DIANJURKAN DENGAN JAYANYA PADA 2 DAN 3 SEPTEMBER 2007, DI KOMPLEKS BESTARI
-BIRO KEROHANIAN & SIVIK

laporan aktiviti
28 OGOS 2007, KAMI TELAH MENGADAKAN MAKAN MALAM SEMPENA KEMERDEKAAN BERTEMPAT DI DANAU DI MANA IA MERUPAKAN KOLABORASI JAKSA BERSAMA KELAB ASPIRASI, KELAB USAHAWAN DAN KELAB EKSLUSIF.
TETAMU JEMPUTAN IALAH DATO' OSMAN KASIMIN DAN BONDA PENGETUA TURUT HADIR.
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN SEPERTI TARIAN, TEATER DAN SILAT DIADAKAN.
PENYERAHAN BANNER THE TRUTH OF INDEPENDENCE TELAH DIBUAT OLEH NAIB KETUA KELAB ASPIRASI.
GIMIK TELAH DIBUAT OLEH KELAB EKSLKUSIF.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TURUT DIADAKAN.

Tuesday, August 21, 2007
perkembangan terbaru Biro-biro KDO
Biro Hal Ehwal Siswi telah mengadakan Program Bicara Siswi pada setiap hari Jumaat pada pukul 12.30- 2.30 petang. Program ini telah bermula pada 20 Julai yang lalu bertempat di Surau dan Bilik Delima Kolej Dato’ Onn. Tujuan program ini ialah mengisi hari Jumaat dengan mengadakan aktiviti yang bermanfaat dan dapat memberi motivasi kepada pelajar..
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah ceramah bertajuk “ Islam sebagai satu cara hidup”. Ceramah ini disampaikan oleh Prof Madya Noor Aziah bt Hj Mohd Awal, bonda Pengetua Kolej Dato’ Onn. Pada 27 Julai bacaan Yasin telah diadakan di Surau KDO dan diketuai oleh Pn. Wan Khatijah Biro dari SUKMANITA.
Selepas itu, pada 3 Ogos Biro Hal Ehwal Siswi mengadakan ceramah bertajuk “belajar sebagai ibadah” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Faridah Jalil, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini menimbulkan kesedaran kepada pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana kepentingsn menuntut ilmu dalam agama.
Kemudian, pada 10 Ogos sembahyang solat sunat tasbih telah diadakan di surau KDO. Sedikit penerangan dan pamplet diberikan kepada pelajar sebagai maklumat tambahan.
Pada 17 Ogos ceramah tentang “ Hak dan Tanggungjawab sebagai anak” telah disampaikan oleh Pn. Hafilah Musa, pensyarah dari fakulti Undang-undang. Ceramah ini banyak menyentuh tentang adab dan tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa.

Friday, August 17, 2007
NUKILAN KEMERDEKAAN
Cahaya Ogos
Oleh Saifulnizam Sudin
JAKSA Hal Ehwal Luar Dan Antarabangsa, KDO UKM
DI BAWAH keburaman langit senja pertengahan Julai itu, kelihatan seorang pemuda berjalan terhuyung-hayang bagai lalang ditolak angin. Bulan menjadi bidadari turun dari kayangan menghulurkan tangan kepadanya. Lantas berdansalah mereka dengan penuh asyik sebelum suatu suara berkumandang memecahkan segala khayalan. Dimakihamunnya suara yang berkumandang itu. Namun suara itu tetap sahaja berkumandang menenggelamkan suaranya. Tiba-tiba matanya tersilau dek cahaya yang menebar di atas kepala. Cahaya lampukah ini atau cahaya bulan? Gumamnya. Cahaya berlapis cahaya mengapung-apung di udara menali ke langit. Aduh pedihnya! Matanya dikatuk rapat. Kulitnya tidak semena- mena terasa perih dijalari bahang kepanasan. Kepanasan yang membelit seluruh tubuh hinggalah ke tulang hitam. Lantas dia menjerit sekuat-kuat hati. Tetapi suaranya tenggelam di dasar kerongkong sebelum kesedarannya terhapus. Gelita.
Suara syahdu yang beralun-alun mengembalikan kesedarannya. Matanya tersilau dek cahaya lampu yang terlekat pada syiling. Matanya dikejip-kejip beberapa kali dan sesudah iris dapat menyelaraskan pencahayaan, seorang lelaki separuh abad dilihat bersimpuh membelakanginya menekuni sesuatu. Suara syahdu beralun-alun ini rupanya daripada dia. Dia termangu sebelum hatinya berdetik, “dia membaca al-Quran”
Dia cuba bingkas tetapi tenaganya begitu lemah menyebabkannya hanya mampu bersandar pada dinding. Matanya melingas kekiri dan kanan, termangu sebelum hatinya berbisik, “surau”. Beberapa detik kemudian, lelaki itu menutup al-Quran bingkas berdiri meletakkan hujung jari pada tubir telinga lalu suaranya berkumandang syahdu ke udara.
Kalimah-kalimah suci azan menusuk jauh ke dalam sukma biarpun sebelum ini kalimah-kalimah itu langsung tidak dipedulikan. Sekejap kemudian orang pun datang. Membarisi belakang lelaki itu. “mereka sembahyang” detik sukmanya terharu kerana seingatnya sudah lama dia tidak bersembahyang. Sesudahnya, mereka menelapak tangan ke langit. “mereka berdoa”. Detak sukmanya lagi bertambah terharu. Rasa terharu yang menagih penzahiran diri pada birai mata. Empangan emosi pun pecah mengalirkan air mata tohor dari sungai jiwa yang berlumpur.
“kesedarannya sudah kembali’ayuhlah tunaikan solat Subuh.” Kata lelaki itu mampir kepadanya dengan wajah berseri-seri. Setelah jemaah pulang.
“tak tahu…. Tak tahu sembahyang…” tuturnya seperti tidak mahu didengari sesiapa tetapi lelaki itu mendengarnya. “anak tidak tahu solat sedangkan ia tiang agama. Tiang jiwa manusia juga.” Pemuda itu merunduk dihempap rasa segunung bersalah ada satu bisikan menyelinap dalam hatinya tiba-tiba. Keluarlah dari sini! Pemuda itu segera bingkas biarpun diriannya tidak stabil. Ditolaknya huluran tangan lelaki yang menolongnya.
“Dimanakah aku?” lelaki itu menghela nafas panjang matanya bersinar-sinar bercahaya memandang ke wajah anak muda yang diserbu ragu dan kegelisahan.
“kehidupan ini bagaikan belantara raya yang tak terjangka. Musafir yang kehilangan pedoman mudah tersesat lalu membinasakan dirinya. Semalam Pak Habib menemui musafir yang tersesat parah itu. Musafir itulah anak. Bagaimanakah anak akan sampai ke destinasi abadi yang penuh kenikmatan.
Matlamat setiap musafir adalah satu, mahu tiba dengan selamat ke destinasi abadi. Begitu juga anak. Tetapi anak telah memilih untuk mengakrabi benda terkutuk itu. Pak Habib bersedia membantu anak kembali ke jalan yang benar.
“aku tidak boleh, tidak boleh lagi!” jerit pemuda itu sambil mencengkam kepalanya.
Mulai hari itu bermulalah perawatan. Pemuda itupun menangis bersungguh-sungguh. Peringkat pertama, segala racun dadah hendaklah dikeluarkan dari tubuh dengan meminum rebusan air akar kayu yang merangkumi akar kunyit, daun kelor dan daun dedap. Selama empat puluh lapan jam pemuda itu muntah berterusan sehingga tubuhnya keletihan baharulah Pak Habib tidak memberinya minum lagi.
Sesudah itu, tenaganya mesti dipulihkan sebagai perawatan peringkat kedua. Berbagai-bagai jenis buah-buahan disediakan. Pak Habib juga mencampurkan daun gelenggang, akar hempedu jawa, daun semalu, daun ganda rusa, daun duri randa, kayu gaharu dan daun jeruju ke dalam periuk tanah lalu direbus dengan sepuluh gelen air selama dua belas jam. Rebusan air diminum bagi melemahkan ketagihan.
Pemuda itu diwajibkan mematuhipantang larang yang telah ditentukan Pak Habib. Merokok wajib dihindarkan sama sekali. Mesti juga menjauhkan diri daripada penagih lain. Bergaul dengan tukang besi akan menyebabkan tubuh melekat bau tahi besi. Bergaul dengan penjual minyak wangi akan menyebabkan tubuh berbau wangi, walaupun tidak membeli atau memakainya. Itulah pengibaratan Rasulullah.
Kemudian Pak Habib membekalkan ayat-ayat suci al-Quran untuk dihafal dan diamalkan. Gunanya buat memanah para syaitan yang sentiasaberbisik ke dalam hati agar kembali menagih dadah.
Beberapa hari kemudian, Pak Habib memandikan pemuda itu dengan air yang telah dimasukkan kepingan timah bertulis jawi untuk membersihkan jiwanya sebagai peringkat rawatan terakhir. Timah adalah unsure besi yang penting untuk pembentukan haemoglobin darah. Simbolik kepada jiwa manusia.
Genaplah 40 hari. Tinggal lama hari lagi tempoh perawatan Pak Habib. Perubahan yang menakjubkan atas usaha manusia dan izin tuhan. Pemuda itu mengenali diri dan penciptanya sekaligus menyingkirkan ingatannya terhadap dadah,
“bukankah anak harus bergembira dengan keadaan sekarang?” ujar Pak Habib dengan lemah-lembut.
Saya amat bersyukur kerana rupa-rupanya Rahmat dan pengampunan-Nya melaut luasnya. Saya menangis apabila mengenangkan betapa gentarnya hendak mengharungi belantara kehidupan selepas ini. Pak Habib beristigfar perlahan sambil menepuk perlahan bahu pemuda itu.
“anakku, bukankah bulan ini adalah bulan keramat buat tanah air kita?”Tanya Pak Habib mahu menguji pemuda itu.
“ya,benar Pak Habib, bulan Ogos. Sehabisnya tempoh perawatan Pak Habib keatas saya tibalah hari bersejarah hari itu”jawab pemuda itu dengan kuntum senyuman. Masih basah diingatan betapa gembiranya dia ketika kecil-kecil dahulu mengibarkan jalur gemilang ke serata kampong dan pekan menyambut hari kemerdekaan negara. Namun, sesudah terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah, kemerdekaan tidak ada apa-apa erti lagi bagi dirinya. Tahun lepas pada malam merdeka dia ditangkap oleh pihak polis disalah sebuah Pusat hiburan terkenal di ibu kota kerana diuji positif dadah. Esoknya dia meringkuk dalam jeriji besi bersama banduan lain. Apalah ertinya!
Maha besar tuhan yang mentakdirkan pertemuan kita. Anakku, kemerdekaan wajib dihargai dengan keinsafan bukannya pembaziran sia-sia.” Ujar Pak Habib sambil merenung jauh ke luar jendela. Bulan bintang-gemintang tersenyumdi wajah malam. Wajah pemuda itu berkerut meminta pengertian hakiki.
“Sesungguhnya ketagihan dadah yang anak alami itu berpunca daripada jiwa yang dijajah oleh syaitan. Senjata syaitan untuk menjajah jiwa manusia amat banyak antaranya melalui nafsu-nafsi, hedonisme, kegilaan kuasa dan lain-lain lagi. Jiwa yang dijajah akan mengundang kegelisahan, keresahan, kekecewaan, berputus asa dan seribu satu macam lagi remah mazmumah. Lalu meronta-rontalah jiwa menagih kemerdekaannya kembali yang natijahnya adalah ketenangan dan ketenteraman.”
Pemuda itu mengaguk perlahan dan merunduk lemah. Telapak tangan Pak Habib mengusap lembut bahunya seakan mengusap sukmanya yang keharuan.
“kaedah memerdekakan jiwa yang dijajah harus dengan kelembutan bukan kekerasan ; hikmah bukan dengan menghukum sewenang-wenang. Lalu Pak Habib menjadikan tumbuh-tumbuhan antara penawarnya kerana tidak henti-hentinya mereka berzikir kepada tuhan yang telah menciptakannya. Pak Habib berikan juga kefahaman agama kerana ia adalah landasan, benteng dan kekuatan jiwa mendepani segala cubaan dan godaan”. Kata Pak Habib terlontar jauh ke dalam sukmanya.
“tapi Pak Habib, saya khuatir masyarakat akan menolak saya”. Luah hatinya.
“anak seharusnya sentiasa menyedari bahawa anak bukan penagih lagi sebaliknya muncul sebagai seorang individu yang berwajah baharu. Pandangan masyarakat akan berubah seiring perubahan anak. Usah biarkan jiwa yang sudah suci dan merdeka ini dijajah kembali oleh syaitan dengan senjata ‘pandangan serong masyarakat’ yang hanya bersifat sementara. Percayalah, tuhan akan sentiasa bersama insane yang benar dan kembali kepada-Nya. Mintalah pertolongan-Nya dengan solat, doa dan sabar”. Sambung Pak Habib lagi bersungguh.
Sebelum Pak Habib melepaskan pemuda itu meneruskan permusafirannya di belantara kehidupan, Pak Habib menuturkan pesan terakhir. “Ingat anakku. Kesilapan yang telah dilakukan jangan diulang lagi pada masa hadapan kerana pertemuan dan perpisahan berlaku tanpa amaran. Letakkan tuhan di batu jemalamu, nabi di hatimu dan kitab ditangan kananmu. Dengan izin-Nya selamatlah kehidupan dunia dan akhirat.”
Tanggal malam 31 Ogos, pemuda itu menghidupkan sepertiga malam terakhir saat tuhan berada paling hampir dengan manusia. Khusyuk solatnya mendalam zikirnya dan pasrah doanya. Doa sang musafir yang telah kembali ke jalan kebenaran-Nya.
“Ya tuhanku. Jika dahulu aku terhina akibat menurut bisikan syaitan yang akhirnya menjajah jiwaku dengan najis dadah, kini dengan rahmat dan pertolongan-Nya kau muliakan aku dengan memerdekakan jiwaku dan mengembalikan semula kehidupanku. Kupohonkan cahaya-Mu agar teruslah menjadi lentera perjalanan kembaraku yang belum kunjung selesai ini. Tuhan, ampunilah daku!”.
Air mata yang mengalir sungai sukma yang suci dan merdeka disaksikan para malaikat dan dijadikan pemadam api neraka jahanam. Dalam hembusan bayu sakinah, hadirlah cahaya demi cahaya mencerahkan mata sukma. Esoknya di bawah kirmizi langit merdeka terzahirlah kemerdekaan jiwa dalam sujud syukur terluhur. Dan cahaya berlapis cahaya timpa menimpa ke sekujur tubuh hamba yang merdeka. Kemerdekaan hakiki.

Malaysia
Description: 14 equal horizontal stripes of red (top) alternating with white (bottom); there is a blue rectangle in the upper hoist-side corner bearing a yellow crescent and a yellow 14-pointed star; the crescent and the star are traditional symbols of Islam;Malaysia
During the late 18th and 19th centuries, Great Britain established colonies and protectorates in the area of current Malaysia; these were occupied by Japan from 1942 to 1945. In 1948, the British-ruled territories on the Malay Peninsula formed the Federation of Malaya, which became independent in 1957. Malaysia was formed in 1963 when the former British colonies of Singapore and the East Malaysian states of Sabah and Sarawak on the northern coast of Borneo joined the Federation. The first several years of the country's history were marred by Indonesian efforts to control Malaysia, Philippine claims to Sabah, and Singapore's secession from the Federation in 1965.

bulan kemerdekaan
31 Aug 2007. Malaysia celebrates 50 years of independence -- 50 years of thinking big
MALAYSIA. 31 Aug 2007. The Union Jack for the last time on Aug 31, 1957, and the Federation of Malaya become a sovereign nation. It was renamed Malaysia in 1963. Malaysia has won distinction in its first half century of independence for its relatively stable government, racial and religious harmony, prosperity and development. Timed to be seen as a high point in the celebrations and the nation's achievements, the country's first astronaut will blast off for the International Space Station a few weeks later later.
The decision to send a Malaysian astronaut into Space came at the end of the two-decade government of then prime minister Mahathir Mohamad, according to MosNews, which noted that his think-big attitude spawned a national catch-phrase -- "Malaysia Boleh!" or "Malaysia Can!" -- aimed at boosting national pride.
For more than a decade Kuala Lumpur's 88-story Petronas Twin Towers, which held the record as the world's tallest buildings from when they were buildin 1998 until 2003 when they were eclipsed by Taipei 101, are the most visible expressions of the country's "think big" philosophy.
The country plans the biggest ever independence day celebrations for the 50th. The biggest events will be in Kuala Lumpur and the administrative center of Putrajaya. They include the Kuala Lumpur International Tattoo Show, a display of precision marching and military demonstrations; Flora Fest, a floral parade last held in the mid-1990s; Malaysia International Aerospace Exhibition and the Malaysia International Fireworks Competition.
The national day parade will see some 44 armed forces contingents, 22 marching bands, 17 floats, 15 military vehicles, and an air force fly-by. The guests of King Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Queen Fauziah Abdul Rashid and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the parade are certain to include regional heads of state and government, Commonwealth respresentatives and a member or members of the British royal family

Friday, July 27, 2007
KELAB EKSKLUSIF KOLEJ DATO' ONN
BUAT PERTAMA
KALINYA
DENGAN BANGGANYA
MEMPERKENALKAN ANDA..
‘KELAB
EKSKLUSIF DATO’ ONN’
TERDAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN KEPADA ANDA YANG MENJADI AHLI KELAB INI...
onnscollege.blogspot.com
KDO 07/08
AHLI
YURAN
KEAHLIAN
- RM65.00 SEPANJANG PROMOSI
BUKAN AHLI
-RM85.00 SELEPAS PROMOSI
AHLI
KELAB
KARAOKE
- PERCUMA
BUKAN AHLI
-RM 8.00 SEJAM
AHLI
-KHIDMAT DOBI : PERCUMA 2 KG SETIAP BULAN
BUKAN AHLI
-RM 2.50 SETIAP KG
AHLI
-KHIDMAT PERPUSTAKAAN : BILA-BILA MASA SAHAJA
BUKAN AHLI
-HARI-HARI TERTENTU
AHLI
-BILIK
MESYUARAT :
TEMPAHAN
BUKAN AHLI
-TIDAK
DISEDIAKAN
AHLI
-MINUMAN PANAS :
PERCUMA
BUKAN AHLI
-BERBAYAR : RM 1.20
AHLI
-MINUMAN/
MAKANAN
RINGAN : LEBIH MURAH DARI HARGA PASARAN
BUKAN AHLI
-TERTAKLUK HARGA PASARAN
AHLI
-PREPAID CARD:
RM9.90 DAN
RM 29.90
BUKAN AHLI
-MENGIKUT HARGA PASARAN
AHLI
ASTRO : BILA-BILA MASA SAHAJA
BUKAN AHLI
-DI KAFETARIA
AHLI
-INTERNET :
PERCUMA BILA-BILA MASA
SAHAJA
BUKAN AHLI
-RM 2.00 SEJAM
AHLI
-TAYANGAN
FILEM :
A-BILA MASA
SAHAJA
BUKAN AHLI
-RM5.00 SETIAP SESI
AHLI
-TAYANGAN
KEMUDAHAN
MEMASAK
· OVEN
· TOASTER
· KETTLE
BUKAN AHLI
-TIADA
PERKHIDMATAN
ANDA BERMINAT
UNTUK MENJADI
SEBAHAGIAN
DARIPADA KAMI…????
SILA HUBUNGI JAKSA-JAKSA
KESAYANGAN ANDA SEKARANG JUGA!!!
· INTAN YDP 0173745692
· SIEW SIN NYDP 0176866706
· INTAN CUTE 0126027889
· SAIFUL 0127876248
· ASHRAF 0136322956
· AIN 0173179417
· REZWAN 0176556560
· BARVITHRA 0125735654
· KUAN SHEE YIT 0176829483
· CLEMENTINE 0126068789
· EVELYN 0124301169
· FAEZAH 0177686531
· ZULKARNAIN 0127154136
· AZLINDA 0129223989
UNTUK MELIHAT SEBARANG PERKEMBANGAN AKTIVITI KOLEJ, ANDA BOLEH LAYARI,
onnscollege.blogspot.com
Tuesday, July 24, 2007
Program akan datang - BIRO INFORMASI
BIRO INFORMASI DAN PENERBITAN-
KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR DI BAWAH BIRO INI, SUATU AKTIVITI AKAN DIJALANKAN PADA HARI JUMAAT INI PADA PUKUL 3 PETANG. ANDA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL DI KAFETARIA, PAKAIAN BEBAS. KITA AKAN BERSAMA-SAMA MENGEMASKINI PAPAN-PAPAN BULETIN SEKITAR KOLEJ. MERIT AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP PELAJAR YANG MENYERTAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH SETIAP BIRO DI KOLEJ. SILA HADIRKAN DIRI ANDA. TERIMA KASIH.
-KOLEJ KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA-
TERIMA KASIH. KAK INTAN
KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH MEMBERI DUIT UNTUK VCD 3M, VCD ANDA MASIH DALAM PEMBIKINAN. SAYA AKAN EDARKAN SEBAIK SAHAJA IA SIAP. TERIMA KASIH.
KEPADA PARA PELAJAR TAHUN SATU, BENGKEL KENALI PERSONALITI DAN KERJAYA ANDA TELAH DITUNDA KEPADA SUATU TARIKH YANG BELUM DITETAPKAN. SAYA AKAN MAKLUMKAN KEPADA ANDA SEMUA SEBAIK SAHAJA TARIKH TELAH DITETAPKAN. HARAP MAKLUM.
-KAK INTAN-

the past programmes..
CERAMAH KEAGAMAAN TELAH DIANJURKAN OLEH BIRO HAL EHWAL SISWI DI SURAU KDO, 20.07.2007 DAN AKAN DIADAKAN SETIAP HARI JUMAAT PADA PUKUL 12 TGHRI BERTEMPAT DI SURAU KDO ATAU BILIK DELIMA...
AKTIVITI GOTONG-ROYONG KOLEJ DIANJURKAN OLEH BIRO PERPADUAN & INTEGRASI PADA 22.07.2007 TELAH DIADAKAN DENGAN JAYANYA OLEH PELAJAR TAHUN 1 KDO BERSAMA JAKSA2 KDO..
PROGRAM MENTOR MENTEE DIADAKAN PADA 17 DAN 18 JULAI 2007 ANJURAN BIRO AKADEMIK TELAH MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK OLEH PARA PELAJAR TAHUN 1 KDO DAN BANYAK PERKARA YANG TELAH DIBINCANGKAN TERMASUKLAH ASPEK AKADEMIK, AKTIVITI KOLEJ, PENGURUSAN MASA, TIPS BELAJAR DAN MENJAWAB SOALAN2 PEPERIKSAAN DSB.
HARI PENGENALAN KELAB TELAH DIADAKAN DI KAFETARIA KDO PADA 19.07.2007 DENGAN JAYANYA. PARA PELAJAR TELAH MENDAFTAR DI KELAB2 YANG DITUBUHKAN OLEH KOLEJ.
KELAB EKSKLUSIF TELAH DIPERKENALKAN BUAT KALI PERTAMA KEPADA PENGHUNI KDO DENGAN PELBAGAI KEISITIMEWAAN. DITUBUHKAN DENGAN INISIATIF FELO DAN JAKSA KDO. YURAN HANYA RM65 SETAHUN DENGAN PELBAGAI PENJIMATAN DAN PERKHIDMATAN.
LAWATAN KE BLOK K2E DAN K2D TELAH DIADAKAN DENGAN PERJUMPAAN YANG DIADAKAN BERSAMA PENGETUA KDO PADA PUKUL 8.30 MALAM DI BILIK DELIMA. (AKAN BERTERUSAN MENGIKUT JADUAL LAWATAN PENGETUA KE BLOK-BLOK SELURUH KDO)- ANJURAN BIRO KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL LUAR.

maklumat terkini bagi program yang kdo jalankan
Biro Hal Ehwal Siswi akan mengadakan ceramah agama setiap Jumaat pada pukul 12 tengahari bertempat di surau ataupun bilik delima. kehadiran adalah wajib bagi semua siswi beragama Islam. Anda diminta untuk membawa telekung untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.
Biro Kerohanian dan Sivik akan mengadakan bacaan Yassin di surau setiap hari Khamis malam Jumaat PADA PUKUL 7 MALAM. Program ini akan diadakan serta akan dijalankan solat secara berjemaah. Diwajibkan untuk siswa beragama Islam.

Friday, June 29, 2007
SEKITAR PAGI PERASMIAN KURSUS INDUKSI AJK MMM DI DATARAN GEMILANG
TIMBALAN NAIB CANSELOR SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN AMANATNYA KEPADA PARA PEMUDAHCARA SELURUH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
KEMUDIAN, BELIAU DIJEMPUT OLEH PENGERUSI MAJLIS UNTUK MENIKMATI MINUM PAGI YANG DISEDIAKAN.
BELIAU SEDANG BERBUAL MESRA DENGAN PESERTA KURSUS DARI KOLEJ DATO' ONN.
KAMI SEMPAT BERGAMBAR DENGAN BELIAU PADA PAGI TERSEBUT.
Wednesday, June 27, 2007
KURSUS JAKSA KDO DI CAMERON HIGHLANDS, 22 HINGGA 25 JUN 2007
Monday, June 25, 2007
hi all..

Hi all. My name is Intan Norjahan Binti Azman.. I'm the JAKSA for BIRO INFORMASI & PENERBITAN in Dato' Onn College.. and here I am to introduce you a new way to deliver a messages, announcements and as a alternative Bulletin for our college.
So, besides of manual announcement, I'm going to upload any announcement via this blog page.
HOPEFULY, THIS NEW INVENTION OF ANNOUNCEMENT WILL HELP YOU TO GET ANY INPUT THAT GOES AROUND KOLEJ DATO' ONN..
Subscribe to:
Posts (Atom)